Tuesday, May 10, 2011

Kelebihan ber-single :)


1. Jimat masa. Jimat duit. Jimat segala-galanya.



2. Elakkan pergaduhan. Korang sayang kat pasangan korang tapi dengan dialah korang selalu bergaduh (kalau yang xgaduh ngan kapel korang tu masih bahagia lah) Dengan kawan2,mana korang gaduh pun kan? (kalau selalu gaduh baiklah takpayah kawan) Korang akan gaduh teruk2. Pastu baik balik. Pastu gaduh sampai nak putus la apalah. tak boleh study lah. Kalau anda singleee, masalah ni pasti tidak akan berlaku.



3. Free as you can be. Nak keluar ngan sapa. Balik lewat pun tak ada yang akan marah (mak dan ayah confirm marah lah). Makan ngan sapa. Berdua ngan sapa pun tak kesah. Dan takda yang akan sms atau call tanya kat mana lah, tengah buat apa lah. Dah tak ada pasangan kan? So memang free sefree-free nya lah!



4. Kalau nak letak add friend ngan perempuan/lelaki lain pun tak ada sapa akan marah! Yelah, dah takde pasangan kan. Jadi tengok lelaki/perempuan ni macam menarik ja jadi add lah dia. Tidak ada yang akan marah pun. Lagi satu, facebook korang pun xada yang akan ceroboh. Ha. trend sekarang masing2 pegang password pasangan. Jadi kalau single anda sorang je tahu password anda. Takde orang akan tengok kecuali anda sendiri dok pi bagi password kat orang lain.



5. Tiada yang akan berasa jeles atau iri hati. Kadang2 bila ada couple nih, kawan ditinggalkan. Dah nampak muka bf/gf je.(ada yang camni) Jadi kalau kita single,memang tak adalah yang ada PHD atau perasaan yang seumpamanya..



6. Tak ada masalah kerinduaaann/keangaauuaann dan sebagainya. Haha. Biasalah kalau dah nama couple,mesti ada perasaan rindu tuh pada si dia. Tapi kalau anda single, RINDU Kampung Halaman jer sudah.hehehe



7. Tidak akan menipu mak dan ayah ( ni kalau mak dan ayah yang tak approve anak dia bercouple). Yang jenis camnih juga akan melakukan apa sahaja untuk berjumpa pasangan dia sampai tipu mak dan ayah. Jadi kalau single, tak adalah buat dosa kat mak dan ayah.



8. Fokus pada pelajaran. Memang ada kata "Aku ada pakwe/makwe pun boleh skor" atau "Percintaan tak mengganggu pelajaran" okay itu memang baguslah.. Tapi katakan lah korang bergaduh besar dan BESOKnya ni nak jawab final exam. kalau boley tumpu baguslah,tapi rasaaaanyaaa ramai yang tak boleh. am i right??



9. Memberi peluang kepada yang ingin memikat anda. Orang kata Test Market. Korang tahu ke kalau ada yang suka korang dan nak jadikan korang gf/bf? Kalau korang ada bf/gf mana korang nak tahu. Berani plak dia nak bagitahu kalau korang dah ada relationship ngan orang lain? Kalau anda single, banyak yang nak isi borang. hehehe



10. Korang akan berasa happy sentiasa kerana tiada masalah daripada pasangan anda...



Kalau korang single,janganlah terburu-buru nak cari pasangan. Enjoy dulu life as a single girl/boy .Pilih yang betul2 boleh dibuat pasangan. Saya tak kata Couple Tu Tak Bagus cuma saya nak bagitahu kebaikan single sahaja. Dan kepada single ladies/man out there, BE PROUD Of BEING SINGLE. <3


Monday, May 9, 2011

Cuti - cuti Malaysia

lama nya tak update! usha usha balik, cantik jugak blog aku ni. hahaha. kan? okay sekarang pukul 4 pagi. Alya tak tido lg. Jiha pon same. semua busy meng-update blog. so aku pon nak update jugak lah. hihi.

Jom ckp tntg CUTI. yey!
Sekarang tengah cuti sem. 1 bulan je. ughh, sekejap gile. okay tak pe. yang penting aku dapat bahagikan 1 bulan tu dgn berfaedah. faedah ke? haha. habis je paper last haritu terus pergi enjoy ng family. pergi holiday. padahal kat melaka je pon, cey. haha. malam tu pergi Jonker Street. Beli gelang, subang, beg. waa, dah macam pelancong asing dah.

(gambar akan diupload bile sampai Putrajaya)

Then, back to putrajaya. huuu, lame doh tak balik rumah. rindu gila. rindu mak, rindu ayah, rindu bibik, rindu kucing, rindu katil, rindu tv macam2 lagi. yg best nye, pergi Alamanda tengok NEVER SAY NEVER 3D (nnyi sket) bukan nak cakap ape. tp best gile cerita tu! sumpah rasa macam nak ulang banyak kali je. hmm.


Now, im in Kuantan. Having a wonderful holiday here with my grandma and cousins. best2. jauh dari masalah masalah yang berlaku. argghhhhh. buat aku tension je bile fikir balik. hal kecik pon nak besar2 kan. hei tolong lah! lantak aku laa aku punye suke laa nak buat ape pon. kau sibuk apehal. aku reply lambat ke cepat ke ikot suke aku laa. huhhh! ohh okay, sambong. duduk sini ade laa jugak jadi gadis desa sket. ade laaa nak memasak sket. hehehe. pergi pasar malam. kalau duduk putrajaya ade aku nak memasak? ade aku nak pergi pasar malam? haha. dalam mimpi je laa. hmm, esok nak balik putrajaya dah. so, im gonna miss kuantan. miss u too Atok :'( Al-fatihah. Hidup mesti diteruskan nabilah!

Nanti akan ke kedah pulak. wah, macam tour dah aku. biase laa. awek JB. tour sini sane. hehe. Aku stay kedah agak lame ye. ade la dalam 8 hari. 4 hari dgn Thapys, 4 hari dgn Manehh. Fair right? hoho. Ntah laa kat dyorg ni. macam2 plan. nak pergi lata bayu laa, puncak janing laa, titi hayun, penang, genting, camping, BBQ, picnic, movie, shooting shooting lg. macam2 laaa. waa, tak sabar. harap2 best laa. lagipun dah lame tak jumpe dyorang. rindu rindu <3

Ni gambar lame time kt kedah.


Form 5 kot. tgk laa muka budak budak kami. tu focus kat anak Cik Nekmah tu. Najihah Baharon(ke-3 dari kiri) haha. dah berubah dah sekarang. Makin ayu you. haha. Nasib takde gamba Myrah. hahaha



Ni gambar die jugak. hishhh. takpe laa. tujuan nak tunjuk belakang tu. woooo, lawa gile lah. tak sabar nak bershooting. yang orang tu kite abaikan je. hahaha

ni jelah entry kali ni. Lastly, APE PON TAK BOLE! hahaha.tak pasal. effect jambu tak habis lg. ohya, lg satu, congrats MU menang dgn Chelsea 2-1. wihiii. Glory glory man united!